1. Adakah Anda Mempunyai MASALAH Mencari Peniaga yang Menjual & Memasang
     Karpet Pejabat, Masjid dan Vinyl Flooring Yang Selesa dengan 
    Harga Mampu Milik?

    PEMBEKAL KARPET PEJABAT &
    KARPET MASJID/SURAU 
    & VINYL FLOORING



    || VINYL FLOORING || || TERMS & CONDITION || || HUBUNGI ||






    Fakta menunjukkan 90% pelanggan sukar mencari Pengedar dan Pemasang Karpet yang boleh memberikan harga mampu milik dan memberikan karpet yang cantik dan tahan lama. 

    Ramai antara pelanggan mendapat harga yang murah tetapi FINISHING yang sangat tidak Memuaskan Hati! Kami akui itu adalah masalah yang SERING dihidapi kepada semua pelanggan yang mencari Pengedar dan Pemasang Karpet Pejabat dan Masjid.

    Mengapa ini terjadi?

    a) Pelanggan Mudah Terpedaya dengan Harga MURAH tanpa melihat hasil kerja peniaga karpet sebelum itu
    b) Pelanggan tidak membuat research terlebih dahulu
    c) Pelanggan tiada ilmu yang banyak tentang karpet serta pemasangannya 

    ANDA TIDAK PERLU DITIPU LAGI SELEPAS INI! 

    Siapa Kami?

    Kepakaran kami adalah Membekal dan Memasang Karpet serta memberikan Keselesaan dan Ketenangan MAKSIMUM kepada mereka yang membeli karpet daripada kami, sehingga mereka tidak lagi rasa takut ditipu dan dikejami oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. 

    Awan Hijau Resources bertanggungjawab memberikan yang terbaik kepada pelanggannya dari segi kualiti, jaminan dan kepuasan yang MAKSIMA. 

    Berpengalaman menguruskan dan memasang karpet sejak 2012, serta mempunyai tenaga kerja yang banyak dan mantap. Sebagai pembekal dan pemasang karpet yang berwibawa, kami tidak gentar akan segala cabaran yang datang. 

    Antara jenis karpet yang kami bekalkan dan pasang adalah seperti karpet loop pile, karpet axminster, karpet custom made serta karpet hand made. 

    Antara ciri-ciri karpet pejabat dan karpet masjid / karpet surau yang perlu dipilih ialah;

    a) Karpet perlu berkualiti dari segi jahitan (karpet tidak berbulu sangat dan karpet yang kuat jahitannya)


    b) Karpet yang tahan lama iaitu tahan air dan tahan api (tahan air bermaksud, ketahanan karpet tidak rosak bulu dan material setelah diselami air banjir dan air yang bocor dari dinding. Manakala tahan api bermaksud, karpet yang mempunyai radius ketahanan menahan api dari merebak secara drastik bila terjadinya kebakaran.

    Karpet Pejabat

    Karpet terdiri dari 2 kategori iaitu Karpet Gulung (roll carpet) dan Karpet Tile (carpet tile). Karpet Gulung (roll carpet) mempunyai kelebaran yangstandard sama ada 12 kaki atau 13.12 kaki. Ia bergantung kepada ketebalan. Ketebalan karpet yang kami bekal dan pasang sekitar 1mm-12mm atau 10 oz hingga 72 oz. Panjang setiap karpet adalah 25m ke 30m. 

    Karpet Tile (carpet tile) pula mempunyai ketebalan yang standard iaitu sekitar 5mm-7mm ketebalan. Ia mempunyai ukuran segi empat sama iaitu 18inci x 18 inci. Karpet Tile (carpet tile)  adalah untuk mereka yang mahukan lantai yang ber-alas tetapi senang nak mantainence. Memandangkan bentuknya bersegi empat, ia senang dipasang dan dibuka jika berlaku tumpahan air atau makanan di permukaannya. Karpet Tile (carpet tile)  dipasang dengan pelabagai jenis corak sama ada pemasangan zig zag, corak abstrak, dan corak linear. Karpet Tile (carpet tile) murah boleh didapatkan daripada kami dan anda pasti puas hati.

    Sebagai Pembekal dan Pemasang Karpet, kami sangat menitikberatkan pemasangan yang berkualiti iaitu dari segi pemotongan karpet, penyambungan karpet dan kekemasan akhir karpet. Pemasangan karpet memerlukan 2 cara iaitu menggunakan Gam Khas karpet atau Meletakkan Kapas Underlay di bawah karpet.  Pemasangan karpet ini memerlukan masa 5 jam untuk 1000 kaki persegi yang pertama.

    Setakat ini, kami telah memasang karpet sekitar Semenanjung Malaysia dan juga Singapura. 

    Karpet Pejabat yang menjadi tarikan semua pembeli kebanyakannya memilih karpet murah dan tahan lama iaitu Karpet 18oz warna Plain. Ia dikatakan Karpet Pejabat Murah kerana harganya yang mampu milik. Ya. Sangat Murah. Ia serendah RM3! (hubungi kami untuk lebih diskaun) .

    Karpet pejabat yang tebal sekitar 40 oz, sangat sesuai dipasang di bilik VIP dimana ia bukan sahaja memberikan keselesaan malah memberikan anjalan kepada kaki dan implikasinya, kaki kita kurang tekanan secara langsung menenankan fikiran dan jiwa. 


    Karpet Masjid / Karpet Surau

    Karpet Masjid dan Karpet Surau pula sangat dikehendaki apabila hampir menjelang Ramadhan setiap tahun. Pada masa ini ramai Pewakaf dan Penderma mencari masjid dan surau untuk diberikan karpet yang baru. Mereka tahu pahala sedekah dan amal jariah ini akan dibawa sehingga ke hari akhirat. Ada hadis mengatakan 3 perkara yang kita akan dibawa ke hari akhirat 1) Doa Anak yg Soleh. 2) Ilmu yang diajarkan . 3) Sedekah dan amal jariah.

    Karpet Masjid yang dikatakan tebal 26oz ke 32oz sesuai dipasang di surau dan 36oz ke atas sangat sesuai dipasang di masjid yang besar. Hal ini kerana, semakin besar luas kawasan wajib menggunakan yang tebal dan berkualiti bagi menampung orang ramai yang mengimarahkan masjid. Karpet akan lebih tahan lama dan akan mengurangkan perbelanjaan masjid. Malah membuatkan pengurusan masjid akan lebih efisyen menggunakan kewangan kepada aktiviti yang lain.

    Harga karpet malaysia yang kami berikan adalah sangat mampu milik sama ada untuk kontraktor mahupun end customer. Walaupun kami mempunyai karpet murah, tetapi kami menjaga kualiti dari segi bekal dan pasang. 

    Vinyl Flooring

    Kami bukan sahaja menjual karpet pejabat, karpet masjid dan karpet surau, kami juga menjual dan membekal Vinyl Flooring kepada pelanggan kami.Vinyl Flooring merupakan salah satu alternatif bagi mereka yang mahukan lantai berira kayu tetapi tidak menggunakan material kayu pada lantai mereka. Hal ini kerana material kayu iaitu laminate flooring dan timber flooring alah kepada air apabila ia terkena kepada permukaan laminate flooring atau timber flooring. Material Vinyl Flooring adalah daripada getah (rubber) yang berkualiti dan ketebalannya 2mm-3mm. Vinyl Flooring sangat tahan kepada air dan ia sangat sesuai dipasang di lantai dapur dan depan bilik air. Kebiasaanya Vinyl Flooring dipadankan dengan Laminate Flooring. Harga Vinyl Flooring murah dan mampu milik oleh semua yang sukakan corak ira kayu. 

    Testimoni Pelanggan

    "Kerja yang sangat kemas dan karpet yang berkualiti dan harga yang mampu milik. Saya sangat berpuas hati" 
    - Encik Zul, Ampang

    "Senang berurusan dengan peniaga, CEPAT, MUDAH, JUJUR" - Abang Game Simulator, Kota Damansara

    "Peniaga dan Karpet Sangat Berkualiti, Terima Kasih kerana membuat kerja dengan kemas" 
    - En Ali, Bandar Tasik Selatan

    Kami yakin dengan usaha yang dijalankan dan kerjasama daripada anda, kami mampu memberikan kepuasan kerja yang maksimum kepada anda. Dalam laman ini kami akan memberikan gambar-gambar projek yang telah kami laksanakan.
    Kelebihan Pelanggan Bersama Kami

    1.     Senang berurusan 
    2.     Kelembutan dan Keselesaan yang Maksima
    3.     Pelanggan merasa lebih santai dan tenang dengan kejujuran peniaga
    4.     Mudah Dicuci dan Diuruskan 
    5.     Jaminan Pemasangan 1 tahun
    6.     Tahan lasak
    7.     Tidak Mudah Terbakar


    Apakah yang Anda Dapat Dari Kami

    1.     Sebut Harga PERCUMA 
    2.     Khidmat Nasihat PERCUMA
    3.     Katalog Disediakan Untuk Membuat Pemilihan
    4.     Kualiti Karpet yang Tinggi
    5.     Mempunyai Pelbagai Corak dan Warna
    6.     Pemasangan yang Cepat dan Kemas
    7.     HARGA BERMULA DARI RM3 SEKAKI SIAP PASANG!


    Promosi Daripada KAMI
    ------

    PERCUMA.... 
    Sekeping Pemijak Kaki Welcome yang LIMITED EDITION Jika Anda Lakukan Pembelian Pada Hari Ini. 

    Ye BETOL! Percuma!

    UNTUK RESPON SEGERA
    ...  

    Telefon kami di 
    0134777862 -Azman
    0167155116- Fizi

    ATAU
    klik sahaja dan terus whatsapp



    ATAU

    Email Pertanyaan Anda ke 

    projek2020@gmail.com


    Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan servis ini seperti arahan pada produk servis. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk servis ini

    Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan.


    KEDAI KARPET Pembekal karpet pejabat - Mudah.my Pembekal karpet pejabat for sale for RM 2 at Seri Kembangan, Selangor.
    2

    View comments



  2.  

    PEMBEKAL KARPET PEJABAT &
    KARPET MASJID

    CARPET BIG SUPPLIER


    || VINYL FLOORING || || TERMS & CONDITION || || HUBUNGI ||



    Kami merupakan syarikat yang khas untuk melaksanakan pembekal dan pemasangan karpet. Antara karpet yang kami jual ialah merangkumi ; KARPET PEJABAT, KARPET MASJID, KARPET RUMAH.
    Syarikat kami berlokasi di Cheras, tetapi kami melaksanakan projek di 1 MALAYSIA. Oleh sebab yang demikian kami menjenamakan karpet kami sebagai KARPET MALAYSIA. Kami memberikan harga yang sesuai dengan bajet perbelanjaan syarikat anda.
    Kami yakin dengan usaha yang dijalankan dan kerjasama daripada anda, kami mampu memberikan kepuasan kerja yang maksimum kepada anda. Dalam laman ini kami akan memberikan gambar-gambar projek yang telah kami laksanakan.

    CONTACT US
    Jika anda mempuyai sebarang pertanyaan, ajukan kepada
    projek2020@gmail.com
    atau
    013 4777 862 –  Azman
    016 7155116 – Hafizi
    kami akan bekerjasama dengan anda dengan cara yang terbaik .
    1

    View comments



  3.  

    Assalamualaikum and Hi!
    +++++++++++++++++++



     


    We are specialize in SUPPLY and INSTALL NEW OFFICE CARPET, VINYL and LAMINATED FLOOR

    We can GIVE CHEAP PRICE and GOOD SERVICES  for your project


    We have 20 YEARS EXPERIENCE INSTALLER and we are put the QUALITY FIRST in our works

    You can choose YOUR FAVOURITE CARPET (OFFICE CARPET, MOSQUE CARPET, VINYL FLOOR, and LAMINATED FLOOR)   in this WEB.


    CALL US at 0134777862 Azman 

Comments